KHATAN NUSANTARA 2015

KHATAN NUSANTARA 2015

KHATAN NUSANTARA 2015

Kota Kinabalu – Pertubuhan Amal Perubatan Islam Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Program Khatan Nusantara 2015. Program tahunan ini telah disertai 6 orang doktor perubatan bersama 8 orang pembantu sukarela yang terdiri daripada pelajar perubatan dan ahli sukarelawan AMAL.

Program yang berlangsung pada 28 hingga 30 November 2015 ini mensasarkan golongan asnaf seperti muallaf, miskin atau yang kurang berkemampuan. Seramai 300 peserta berumur 10 tahun hingga 15 tahun telah menyertai program tersebut. Ibubapa peserta rata-rata merasa bertuah dan bersyukur atas perkhidmatan yang diberikan lebih-lebih lagi ianya dibuat secara percuma.

Ini adalah tahun ke-4 Program Khatan Nusantara diadakan. Sebanyak 6 lokasi iaitu di Ranau, Kota Belud, Keningau, Sook, Sepanggar dan Putatan telah dipilih untuk pelaksanaan program ini.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan diri melalui berkhatan adalah antara cara bagi memastikan kesihatan diri dapat dijaga dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program Khatan Nusantara 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *