PELANCARAN TADIKA AMAL, YAYASAN AMAL MALAYSIA

PELANCARAN TADIKA AMAL, YAYASAN AMAL MALAYSIA

PELANCARAN TADIKA AMAL, YAYASAN AMAL MALAYSIA

Keningau, Sabah –  Bagi memenuhi keperluan pendidikan diawal pra-sekolah di kawasan pendalaman, Sabah, Yayasan Amal Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Tadika Amal, Yayasan Amal Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pada 12/1/2016 bertempat di perkarangan surau Al-Hidayah Kg. Tohan Baru, Keningau, Majlis pelancaran Tadika Amal telah berjaya diadakan dan telah disempurnakan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat.

Dalam ucapannya, Ybhg. Tan Sri mengingatkan kepada ibu bapa yang hadir supaya dapat menghantar anak-anak ke tadika (pra-sekolah) sebelum masuk ke alam persekolahan yang sebenar. Selain itu, anak-anak perlulah diajar dan menguasai ilmu-ilmu agama yang asas seperti menghafal doa-doa dan surah-surah pilihan serta cara-cara solat yang betul di peringkat awal persekolahan lagi. Wujudnya Tadika Amal ini secara tidak langsung akan membantu kerajaan melahirkan anak-anak yang berilmu sesuai dengan peringkat umur masing-masing.

Tadika Amal beroperasi di kawasan pendalaman yang agak jauh dari pusat bandar. Kos operasinya diurus oleh Yayasan Amal Malaysia hasil sumbangan orang ramai dan badan-badan koperat.

Ibu bapa dikenakan yuran yang sangat minima dan biasiswa/pendidikan secara percuma diberikan kepada ibu bapa  yang kurang berkemampuan.

Tadika Amal menggunakan silibus dan buku pengajaran yang digubal oleh para ilmuan yang berpengalaman dalam pendidikan pra-sekolah. Selain belajar akademik, anak-anak juga diajar utk menghafal doa-doa ringkas, solat, baca iqra’ dan menghafal surah-surah pilihan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Mufti Selangor merangkap ahli jawatankuasa Wakaf Selangor Muamalat dan rombongan, Presiden Yayasan Amal Malaysia  bersama jawatankuasa Amal Malaysia peringkat pusat dan negeri dan masyarakat Kampung Tohan Baru, Keningau.

One thought on “PELANCARAN TADIKA AMAL, YAYASAN AMAL MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *