BENGKEL BATU BLOK

BENGKEL BATU BLOK

Kepayan, Sabah – Bagi meningkatkan kemahiran dalam pembuatan rumah dengan batu blok, kursus sehari pada 13/2/2016 telah diadakan.

Seramai 13 orang peserta terdiri dari Daie AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH, sukarelawan Amal dan pelajar-pelajar pondok telah menyertai program tersebut. Para peserta telah didedahkan teknik dan kaedah yang betul bagi menghasilkan batu blok yang berkualiti yang boleh digunakan sebagai salah satu bahan dalam binaan.

Projek ini juga mensasarkan golongan asnaf agar dapat menjadikan pembuatan batu blok ini sebagai sumber pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Di majlis penutupan, asnaf yang terpilih telah menerima acuan blok sebagai simbolik dalam pelaksanaan PROJEK MENJANA EKONOMI ASNAF.

Tuan Haji Jamuludin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia yang juga penasihat dalamĀ  PROJEK MENJANA EKONOMI ASNAF telah menjadi fasilitator dalam bengkel tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini, sila hubungi kami di admin@amalsabah.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *