PROGRAM WAKAF AIR DI PULAU BANGGI

PROGRAM WAKAF AIR DI PULAU BANGGI

Pulau Banggi, Sabah – Usaha dalam memastikan bekalan air bersih diperolehi diteruskan dengan menjalankan penggerudian air bawah tanah di beberapa kawasan strategik untuk kegunaan masyarakat di kawasan pendalaman Sabah.

Misi yang diadakan selama seminggu bermula pada 10/2/2016 mensasarkan 2 buah kampung iaitu kampung Sabor dan Kampung Kaligau. Seramai 5 tenaga yang merupakan sukarelawan AMAL MALAYSIA giat menjalankan kerja-kerja bagi mencari air dari bawah tanah.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di kawasan-kawasan lain yang memerlukan. Semoga masyarakat di kampung ini memperolehi air yang bersih bagi kegunaan seharian dan seterusnya memudahkan mereka untuk melakukan ibadah kepada Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *