ZIARAH AMAL DI KG. PERUPOK, PITAS

ZIARAH AMAL DI KG. PERUPOK PITAS

Pitas, Sabah – Perjalanan selama 4 jam 20 minit dari Kota Kinabalu ke Kg. Perupok, Pitas pada 14/2/2016 telah berjaya menemukan kami kepada beberapa keluarga muallaf di sini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekati dan menyantuni golongan muallaf di pendalaman Sabah dan seterusnya menyelami kehidupan masyarakat Islam di sini yang hidup serba kekurangan yang tidak menerima kemudahan elektrik dan air paip.

Atas amanah yang diberikan, sebuah genset bagi kegunaan surau telah diserahkan kepada wakil jawatankuasa surau, En. Jumani yang juga merupakan ketua kampung Perupok. Selain itu, penyerahan beg sekolah kepada beberapa orang pelajar juga diadakan.

Bagi memastikan masyarakat Islam mendapat didikan agama yang konsisten, pengajian agama seperti kelas fardhu ain dan kelas al-quran secara harian telah dijadualkan dan diselaraskan. Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memastikan masyarakat kampung di sini menerima pendidikan agama secukupnya.

Semoga usaha murni ini mampu membantu saudara Islam kita di pendalaman Sabah mengamalkan ajaran Islam sebaik mungkin dan seterusnya dapat mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

Terima kasih kepada para penyumbang yang sudi membantu kami dalam memberi bantuan kepada keluarga di kampung Perupok, Pitas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *