ZIARAH ASNAF MENYUSURI 4 DAERAH DI SABAH

ZIARAH ASNAF MENYUSURI 4 DAERAH DI SABAH

ZIARAH ASNAF MENYUSURI 4 DAERAH DI SABAH

Kota Kinabalu, Sabah – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan Persatuan Kakitangan Islam Maybank telah bekerjasama dalam mengadakan program kebajikan di negeri ini. Program ziarah asnaf, antara aktiviti yang telah diadakan baru-baru iniĀ  dalam usaha menyantuni dan mendalami permasalahan asnaf khususnya muallaf di kawasan pendalaman Sabah.

Program 3 hari 2 malam pada 23 hingga 25 April 2016 ini tertumpu di 4 Daerah iaitu Matunggong, Kota Merudu, Pitas dan Kota Kinabalu. Lebih 20 keluarga asnaf telah disantuni. Ianya melibatkan beberapa buah kampung iaituĀ  Kg. Rugading Matunggong, Kg. Masalog & Kg. Longob di Kota Merudu, Kg. Saab, Rukom Laut, Manggis & Rukom Laut di Pitas serta kampung Lok Poring di Sepanggar.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan kebajikan, bantuan saraan diri dan keluarga serta bantuan kewangan untuk pembangunan ekonomi asnaf. Selain itu, dikalangan asnaf juga telah terpilih untuk mendapat bantuan bagi membina rumah melalui Program Bantuan Rumah Asnaf. Bagi tujuan tersebut, penyerahan rumah melalui satu majlis ringkas telah diadakan.

Tuan Haji Azhar bagi pihak PKIMB dan Encik Azmih dari AMAL MALAYSIA Caw. Sabah telah memberi tazkirah dan peringatan ringkas kepada setiap penerima.

Dikesempatan itu juga, tinjauan kepada pembangunan rumah transit muallaf juga dibuat. Terletak di Kg. Rukom Laut, Pitas. Bila siap kelak akan memudahkan pelajar terdiri daripada muallaf tinggal dan belajar agama di tempat ini. Kebanyakkan pelajarnya terdiri dari mereka yang sudah berkeluarga dan memerlukan kemudahan penginapan sementara memandangkan jarak rumah mereka agak jauh dari lokasi pembelajaran.

Apa yang diharapkan, setiap asnaf yang terpilih dapat bersyukur akan nikmat yang telah diberikan. Rezeki atau pemberian yang diperolehi diharap dapat menjadikan mereka lebih dekat pada Allah dan dapat memudahkan mereka melakukan ibadah kepada Nya.

Kepada mereka yang hendak menyumbang kepada pembangunan dan kebajikan muallaf serta membantu dalam pembelajaran muallaf, bolehlah berhubung dengan pihak admin melalui emel …

SESUNGGUHNYA, KAMI BERUSAHA UNTUK MEMBERI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN BERAMAL KEPADA ALLAH.

 

📧 : admin@amalsabah.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *