PROGRAM JELAJAH RAMADHAN 1437H

PROGRAM JELAJAH RAMADHAN 1437H

PROGRAM JELAJAH RAMADHAN 1437H

Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah dengan kerjasama JHEAINS dan Pusat Dakwah Serantau telah berjaya melaksanakan misi khas sempena Ramadhan melalui ProgramJelajah Ramadhan 1437H. Sebanyak 12 daerah meliputi 32 buah kampung telah dikunjungi dengan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Daerah yang terlibat adalah Pulau Banggi, Kudat, Pitas, Kota Merudu, Kota Belud, Sepanggar, Ranau, Tongod, Telupid, Keningau, Sook dan Nabawan. Antara aktiviti yang diadakan adalah penyampaian sumbangan kebajikan, ziarah asnaf, majlis berbuka puasa, solat fardhu dan sunat tarawikh berjemaah dan tazkirah Ramadhan.

Selain itu, majlis ringkas bagi pelancaran pembinaan masjid Kg. Linayukan juga diadakan pada 25/6/2016. Masjid yang bakal didirikan ini melalui sumbangan orang ramai adalah nadi utama kepada penyebaran dakwah Islam di Kg. Linayukan, Tongod. Sumbangan orang ramai sangat diperlukan dalam pembangunan Masjid ini. Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah telah menyampaikan sumbangan daripada masyarakat Islam yang prihatin kepada golongan yang memerlukan khususnya di kalangan muallaf dan fakir miskin. Segala amanah yang dipikul telah kami laksanakan dan disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah menerima amal kebaikan ini dan seterusnya sebagai saham kita di akhirat kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *