MESYUARAT AGUNG – YAYASAN AMAL MALAYSIA

SABAH TUAN RUMAH MESYUARAT AGUNG DWI – TAHUNAN AMAL MALAYSIA KALI KE – 8

Sabtu, 22 Ogos  2015 – Mesyuarat Agung AMAL MALAYSIA kali ke – 8 telah diadakan di Dewan Utama, Bangunan USIA, Kota Kinabalu Sabah dengan jayanya. Majlis perasmian Mesyuarat Agung Dwi – Tahunan ini  telah disempurnakan oleh Tuan Gutu Datuk Haron Din, Penasihat Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia.

Bersempena dengan Mesyuarat Agung ini, Tuan Guru turut melancarkan TV Al-Hidayah dan kempen sedekah al-quran untuk masyarakat Islam di Sudan.

Dalam mesyuarat kali ini, semua deligasi dari 13 buah cawangan di seluruh negara sebulat suara bersetuju agar jawatan Presiden dikekalkan kepada penyandangnya iaitu Tuan Haji Hussin Ismail bagi menerajui AMAL MALAYSIA bagi sesi 2015 – 2017.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan bersungguh-sungguh demi mendapat keredhaan dari Allah Yang Maha Pencipta. Untuk rekod, mesyuarat agung sebelum ini (kali ke – 7 ) telah di adakan pada 6 Julai 2013 bertempat  di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kelantan Darul Naim.

MESYUARAT AGUNG DWI – TAHUNAN AMAL MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *