Program Waqaf

PELANCARAN “My-Infaq-Project”

IMG-20151206-WA0003

Gombak, 5 Disember 2015 – Bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menghulurkan infaq dengan cara mudah dan tidak membebankan (melalui memperbaharui Takaful kenderaan & cukai jalan), Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama MWC Sdn Bhd telah melancarkan My-Infaq-Project.

Bagi setiap pembaharuan Takaful Kenderaan, 5% drpd sumbangan Takaful akan diINFAQkan kepada Yayasan Amal Malaysia untuk membiayai aktiviti-aktiviti amal kebajikan, pendidikan, dakwah, bantuan bencana & kemanusiaan.

“Anda hanya perlu membuat pendaftaran online melalui link berikut : https://goo.gl/iPJYp2. Kami akan menghubungi peserta ~1-2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh Takaful berakhir.”

“Sekiranya Takaful kenderaan anda telah tamat @ kurang 7 hari lg akan tamat, anda perlu berhubung terus dgn pihak MWC ditalian 03-5882 6472 @ call/WhatsApp 012-6053489.”

Di majlis itu juga, Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah juga hadir bagi menerima Tabung Derma Pengurusan & Dakwah Pusat Dakwah Serantau / Yayasan Amal Malaysia.

Semoga dgn Infaq yang dihulurkan melalui projek ini akan dapat membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk menyumbang kepada masyarakat & ummah secara lebih efektif. Semoga Allah SWT jg akan memberi ganjaran yg terbaik di dunia & Akhirat.