Wakaq Surau & Masjid

PELANCARAN DANA WAKAF MASJID KAMPUNG LINAYUKAN, TONGOD.

image

Melihat kepada keperluan wujudnya sebuah Masjid di Kg. Linayukan, Tongod, majlis pelancaran Dana Wakaf Masjid Kg. Linayukan telah diadakan pada 26/6/2016 yang disempurnakan oleh Ust Rafihi Derim, Naib 2, AMAL MALAYSIA CAW. SABAH.
Kg. Linayukan terletak dalam daerah kecil Tongod. Majoriti masyarakatnya beragama Kristian. Islam adalah manoriti yang terdiri daripada mereka yang berbangsa Bugis, Dusun, Sungai, Suluk dan Kedayan. Walaupun Islam telah mula bertapak pada awal 80-an, namun tidak ada masjid dibina di kampung ini. Keadaan ini menyebabkan aktiviti-aktiviti dan program-program keagamaan sangat terhad dilaksanakan. Untuk sementara waktu, ruang rumah milik salah seorang penduduk muslim di sini dijadikan tempat pengajian khususnya kelas al-quran dan solat berjemaah.
Justeru, atas keprihatinan dan kepedulian kita sebagai seorang muslim khususnya, sumbangan wakaf tunai adalah sangat diperlukan. Anggaran RM50 ribu diperlukan bagi tujuan pembinaan Masjid. Tanah telah dikenalpasti bagi tujuan tersebut (telah diwakafkan oleh penduduk tempatan).
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Cikgu Marzuki (0199870325) atau Haji Rahimin (0138657985). Sumbangan boleh disalurkan atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA Sabah

(MAYBANK : 560214058559).